Interesting Places In Sarawak Borneo

Kampung Budaya Sarawak

Bayaran masuk;
RM60.00 Orang Dewasa
RM30.00 Kanak-kanak

Ia Terletak berhampiran Santubong Resort. Berdekatan pantai dan pusat peranginan. Perjalanan dari pusat bandaraya Kuching mengambil masa kira-kira 1 jam.
Terdapat 7 rumah etnik utama penduduk Sarawak iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina. 
Di sini anda boleh mengenali semua suku kaum yang terdapat di Sarawak. Terdapat banyak rumah- rumah suku kaum di Sarawak ini yang dapat anda lawati hanya dengan melawat Kampung Budaya dalam hanya setengah hari. Anda boleh merasai kemeriahan tradisional suku kaum, cara tenunan pua kumbu dan manik serta aktiviti harian suku kaum seperti menyumpit dan memburu.Artis-artis kebudayaan bersedia menghibur dan memberi penerangan kepada anda.



Melanau Tall House
Melayu House 





TAMAN BUAYA JONG

Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya Jong di Sarawak terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian). Ia adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Ia boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching. Sinonim dengan buaya, lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini sudah menjadi kemestian kepada pelancong-pelancong yang datang dari dalam dan luar negeri.