Monday, January 31, 2011

Kampung Budaya Sarawak


Kampung Budaya Sarawak berdekatan dengan Santubong Resort. Ia juga terletak berhampiran pantai dan pusat peranginan. Kira-kira 1 jam perjalanan dari pusat bandaraya Kuching.

Di Kampung Budaya a.k.a Sarawak Cultural Village...terdapat 7 buah rumah etnik utama bagi penduduk negeri Sarawak ini iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina.

Anda boleh mengenali semua suku kaum yang terdapat di Sarawak dengan hanya melawat ke Kampung Budaya ini dalam setengah hari sahaja. Anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dari setiap suku kaum yang terdapat di Sarawak ini. Anda juga berpeluang menikmati kemeriahan persembahan tradisional suku kaum, cara tenunan pua kumbu dan manik serta aktiviti harian suku kaum seperti menyumpit dan memburu.



No comments:

Post a Comment